|
Leverage Leverage adalah seperti kita meminjam wang dalam jumlah tertentu dari broker dengan memberikan sejumlah jaminan yang dinamakan dengan Margin.
Leverage ada beberapa jenis: 1:1 bererti wang jaminannya = nilai kontrak (100%) 1:50 bererti wang jaminannya 2% dari nilai kontrak 1:100 bererti wang jaminannya 1% dari nilai kontrak 1:200 bererti wang jaminannya 0.50% dari nilai kontrak 1:400 bererti wang jaminannya 0.25% dari nilai kontrak 1:500 bererti wang jaminannya 0.20% dari nilai kontrak
Jaminan (Margin) Jaminan (margin) akan dikembalikan ke portfolio account balance anda setelah posisi order anda ditutup (close).
Perhitungan Margin Untuk Matawang Indirect (USD/JPY, USD/CHF, USD/…) : Lot x 100,000 x % Margin. Contoh: Buy 0.3 lot USD/JPY pada harga 121.07, dengan leverage 1:200 = 0.3 x 100,000 x 0.5% = $150
Untuk Matawang Direct (GBP/USD, EUR/USD, …/USD) : Lot x 100,000 x % Margin x Market Price Contoh: Buy 2.1 lot EUR/USD pada harga 1.3010, dengan leverage 1:500 = 2.1 x 100,000 x 0.2% x 1.3010 = $546.42
Untuk Matawang Cross Rate (GBP/JPY, EUR/GBP, dan matawang lainnya yang bukan berbanding dengan USD) : Margin untuk Cross Rate adalah dikira dari Base Currency (dari matawang yang di hadapan) Contoh: (GBP/JPY) = Base Currencynya adalah GBP Buy 1.5 lot GBP/JPY di harga 242.65, dengan leverage 1:500 (misal di saat itu harga GBP/USD = 2.0360) = 1.5 x 100,000 x 0.2% x 2.0360 = $610.8
Penggunaan Leverage & Margin Leverage 1:500 dan anda ingin membeli $100,000 USD/JPY (bersamaan 1 lot regular), Anda tidak perlu mengeluarkan modal sebesar $100,000 tersebut tetapi anda cukup mengeluarkan modal jaminannya saja iaitu 0.2% daripada $100,000 iaitu $200 saja. Dan bila anda mendapatkan profit dari transaksi tersebut, maka hasil yang anda dapat akan sama besarnya dengan bermodal sebenar $100,000 tanpa leverage. Dan bila rugi pun, anda juga hanya rugi sebesar $200 dan bukan $100,000.
Anda juga boleh menghadkan kerugian dengan penggunaan Stop Loss. Jangan keliru antara leverage dan volume/lot Leverage tidak mempengaruhi nilai pips Lot /Volume yang menentukan nilai setiap pips
|